18 May 2012

ALonE -.-

Assalamualaikum wbt..



NAK HUPDATE BLOG PUAS-PUAS !!
TOLONG JGN GGU.. :D


16 May 2012

BiLa MendUng BerArak

Assalamualaikun wbt...

Apa khabar semua? Harap sihat sokmo. Hehe.. Almost 3 days aku biarkan blog ni. Actually, byk kerja yg kena aku settle. Pulak waktu bekerja, mmg xde masa nk jenguk2 blog ni.. Tapi, malam ni ku gagahkan jugak untuk berblog disebabkan terlalu banyak idea + kejadian yg aku nk kongsi dgn korang. I will try.. I will.. Insyaallah.

Hokay, firstly aku nak bgtau tadi, aku kira2 berapa hari je lg aku akan bergelar ISTERI kpd En. Tunang. Sayu hati ni utk memulakan cerita ni. Entah kenapa rasa sayu tu mengigit2 tangkai hati aku yg halus ni. Lalu air mata ni berjuraian perlahan. Serius aku cakap, tanggungjawab seorang isteri yang bekerjaya mcm aku ni sgt BERAT. Mane masa aku dgn suami dan anak2.*insyaallah*. Ya Allah, kau bantulah hamba-Mu ini.. *sigh*. Berat sgt bila aku fikirkan. Entah kenapa makin hari, makin terbeban aku rasa. Ya Allah, jauhkan aku dari rasa ragu2. Sesungguhnye aku ingin membina masjid yg barakah di sisi-Mu. Kau permudahkanlah segala urusan kami. Aminn.. :'). Susah hati tu, aku cuba tolak tepi. Disaat ingin membina masjid ni, pelbagai dugaan yg aku terima. Aku terima segalanya dengan hati terbuka. Kadang2 hati ni dh jadi kecik sbb perkara yg xsepatutnye. That's enough !! Titik. Full stop. Bila dilayan makin menjadi2 rasa hati yg terleka dek bisikan syaitan. Nauzubillah.. Chill dear.. :D

Entry agak simbolik, sama seperti intro aku kali ni. Intro yg agak sinis dan berbuai nadanya. Usah dilayan perasaan halus itu. *sshuhh... jauh..jgn dtg kt aku*. Kalau la semudah itu aku mengusir perasaan tu kan mudah kerja aku. Bukan kerja aku je, semua orang kat dunia ni. Hehe.. Kenangan lama bertandang kembali. Dari berusia 5 tahun *umur yg boleh kiter ingat apa yg berlaku*, sehinggalah disaat ini. Kenangan itu seolah2 slaid dari powerpoint yg datang. Bertubi-tubi tanpa menghiraukan siapa penontonnya. Okay, terpaksa teruskan. Perkataan pertama yg aku pelajari adalah MAMA dan ABAH. Sama mcm korangkan? Bila dah berlalu seme tu, dtg pule perkataan ABANG dan KAKAK. Hushh, merobek2 rasa hati ingin berbicara halus di layar putih ini. Yup, aku terlalu sayangkan mereka. Mereka adalah segala2nya bagi aku. Tapi, waktu mengubah segalanya. Peredaran matahari mengelilingi bumi tanpa mengenal waktu, mereka berada dilandasan sendr. Begitu juga aku. Arghh.. terlalu cepat bumi bertukar siang dan malam. Tak sedar mereka sudah berada di landasan sendiri. Hanya doa yg aku mampu titipkan buat mereka. Bila ABANG dan KAKAK berlalu, wujud pula ADIK. Iyee.. ADIK. Korang pun ada ADIK kan? Bagi aku mereka adalah anugerah tidak ternilai bagi aku. Pengganti ABANG dan KAKAK ketika aku memerlukan peneman dari darah daging sendiri. Tanpa rasa jemu kehidupan kami diteruskan dgn segala pahit manis dan asam garam kehidupan. Tapi, semua itu berakhir jua dimamah usia masing2.. Mereka ke kiri, aku ke kanan. Perjumpaan gurau senda tu semua dah lama aku xterasa. Arghh.. biarkan masa yg menetukan segalanya.
                                       
                                  .:HILANG IDEA.. TQ.. -,-:.


*Pesanan : Entry tulis semlm, tapi, ari ni baru nak publish sbb semlm hilng idea.. ;)

13 May 2012

Mama, KauLah Ratu HatiKu....

Assalamualaikum wbt,

Hi kepada anda dan anda jugak, Welcome back ! Ahaha, Giat betul berblog. Xde pe yg best pun. Cuma, nak share apa yang aku rasa sekarang dan apa yang terlintas dihati dan fikiran aku.

First of  all, aku baru balik dari Putrajaya and dapat jumpa baby Ticha yg gebu dan sekarang ni dah pandai senyum bila diagah.. How so sweet?? Makin aku rindu nak main dengan dia.. Seronok sgt main dgn baby Ticha. Rindu membuak2 pada dia. Tapi apakan daya aku, dia ada Ibu dan Ayah. So, terpaksa lah aku akur dgn ketentuan ni. Yelahkan, mane ade ibu yg sanggup nk berpisah dgn anak.

Esok, 13th May 2012.. ''HAPPY MOTHERS DAY 2012''. Bukan lah nk celebrate sgt just kite amek satu tarikh untuk kite appreciate jasa mereka. Betu ke tidak?? Ehehe *blogger excellent wanna be* Ecece.. berangan2 lettew.. Okay, berbalik pada topik UTAMA, *aku rasa xde topik UTAMA pun dalam entry kali ni*. Okay, abaikan.. Mari kite becerita mengenai -MAMA, IBU, EMAK, MOK*org Pahang*, MUMMY, UMMI, AMMA dan segala perkataan yg membawa maksud seorang wanita melahirkan anak+membesarkan anak dgn limpah ruah kasih sayang tanpa batasan* Over kau nyah !! Hahaha.. :)

Okay, aku pun maseh ada MAMA. Bagi aku, MAMA aku sgt AWESOME, sgt EXCELLENT, sgt SUPERB DUPER MAMA dan tak sape boleh ganti tempat dia dalam hidup aku. Mesti korang rasa sama mcm aku rasa kan? Serba sikit tentang MY SUPERB DUPER MAMA:



  1. Nama mama YANG NORHAYATI BINTI YAACOB..
  2. Umur mama 46 years old *still muda sbb gune product Rozita che Wan bak kata mama ni.. ;)*
  3. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dan dibesarkan merata tempat termasuklah Kg. Kerinchi, Kuala Kangsar n last sekali balik Temerloh, Pahang sbb arwah wan@nenek@granny asal Temerloh. Dorang merantau pun sbb arwah atuk seorang Askar mempertahankan negara. *serba sdkt tentang atuk, meninggal semasa Darurat 13rd May 1969. -alFatihah-*
  4. Mama ada 2 orang sibling *adik lelaki, mama anak sulung*. Ini adik beradik satu emak, satu ayah. Tapi, mama ada 3 orang adik beradik satu ayah *kakak 2 orang, abang sorang*. Atuk khwin dgn Opah dulu baru kahwin dgn wan. Atuk mmg awesome.. ;)
  5. Mama seorang super wifey kpd ENCIK SITEH HJ MUSTAFAR. Plus, mama jgk pengusaha dewan makan+kantin+catering(kecil2an).
  6. Tahap pendidikan mama SPM. As per story mama, result mama agak baik malangnya, utk future study masa tu wan xley nk support sbb wan sorg je bekerja. Mama membantu wan berniaga kecil2an. Drpd situ mama belajar memasak+berniaga. Alhamdulillah, rezeki mama dan anak2... Dia berjaya.. Mama sgt awesome, Love You So Much !!!
  7. Mama lahirkan 7 orang anak *4 putera, 3 puteri*. Mama xjemu didik dan curahkan kasih sayang kepada kami. Sampailah ke tahap sekarang. A.long dah pnya keluarga sendr, K.lin pun.. Aku ?? Next.. xlama dah.. Then, yg 4 org lg tu still study. 
  8. Seriusly, mama sgt PENYABAR... Dalam apa jua segala keadaan mama still boleh bersabar. Even, mak mentua or kakak2 ipar die mmbuat onar dgn diri die. Dia tetap bersabar sehinggalah dia dikurniakan kami yg sgt MENGHARGAI mama.
  9. Mama jugak isteri yg baik, tak pernah lalai dlm mnjalnkan tanggungjawab seorang isteri kepada Abah.. *perlu ambil contoh utk aku yg akan bgelar sebgai seorang isteri*
  10. Lastly, mama selalu dikelilingi mereka yg sayangkan dia *termasuk anak2 sedara belah abah*.
I think that's all fact about MAMA.. Actually, byk lagi fact yg aku nk share dgn korang. Memandangkan urat2 jari jemari ku yg runcing ni memekik2 memohon aku berhenti dari menari2 di papan kekunci... ;) *dramatis ayat* Nampak sgt lah kan aku ni nak jadi penulis satu ketika dahulu *auta,k??* Haha..

Oh yaa... hampir terlupa aku.. arwah mak MyFiance genaplah tgglkan kami selama 4tahun. *alFatihah*. Untuk MyFiance, you can share my mama.. Less than 4months you can call her mama.*alaa...skg pun pggl mama jgk..gedikss* BTW, happy mothers day to all wanita yg bergelar ibu... ~~Adiosss... See you on the next entry...



*sykinsiteh*
Tadaaa... that is my SUPERB DUPER MAMA... :D



Okay, sekian utk kali ini.. :D




12 May 2012

EnTry Yg Sgt Ntah ApE2

Assalamualaikum...

Okay, already kat rumah dah.. Kekenyang sbb mkn nasi ayam. *handmademyLOVELYsis* ehehe... Syok balik kerja, makanan dah terhidang. *terpksebntr:adablogasyknkberblog;)*. Hokay, itu lah aku. BTW, rasa syok ada tempat nk meluah n nak bercerita. Depends pd pembaca myblog ade suke n ade mst ada kata *alaaa, mula2 ada blog cmtu la, rajin la nk meng'hupdatenyer'. Yeay, i agree! However, i will try to be a GOOD, AWESOME, EXCELLENT blogger, adakah boleh? Itu persoalannya. Yes, I will try! Even citer aku xsegempak citer blogger2 lain. I will try to make myreader akan terus cari blog aku yg xbp sempurna ni. :)

Bebel dan bebel.. Tgk MyFiance dh lena diulik mmpi selepas kekygn melantak NasiAyam. Aku je xngatuk sbb tgh gian nk berblog. Ahahaha... Itulh aku.. Oh yaa.. after solat zohor nnt aku nk off to Putrajaya. Nk tgk my niece yg kiut miut tu.. Nah, ni dia gmbr budak techik ni.. *first entry ada gmbr*. Sorry qualitas picture zero.. HAHA..


Nur Erdeena Batrisya
Jap g na gomol2 budak ni. Aunty yg vogue ni rindu dia sangat2.. :). Hurmm... ni anak abg sulung ak. First anak buah kami *Siteh's Family*. That mean, first cucu kepada Mama n Abah. Seriusly, Abah terlalu teruja dapat cucu pertama ni. Mama pun sama, teruja hbs. Sampai jeles Aja n Adik *anak perempuan n lelaki bongsu dorang la.*.

Okay, dari aku terus membebel ni. Better aku bersiap. Jap lg aku kena bebel dgn MyFiance tuh. Ehehe.. Sorry sayang.. ;). Next time, aku share lagi citer aku utk pembaca blog ak. *harap2adalahygbaca*. :D

Bye... Salam n selamat berhujung minggu.. :p


Gambar Tukang Cerita :D




Weekend Yg Malang

Morning Peeps...

Bad Story..

Need Go To Office..

Off... :(

BerMulaNya DiSini

Assalamualaikum pembuka bicara,


Pertama kali berblog. Agak kekok mengetuk kekunci di laptop. Kadang termangu seketika bila tiada idea yg harus dititip oleh aku untuk tatapan pembaca *adakepembacablogaku*
BTW, that is not import. Yg paling penting adalah, aku harap aku boleh terus berblog. Tunjuk ajar dari semua pihak sgt aku perlukan. Nak jugak berkongsi cerita dan pendapat dgn semua orang.*ygpandaiberbahadamelayushj*. Belum bersedia nk buat full english untuk blog. Grammar pun kdg2 ke laut. Broken bole la, selit2 bhsa melayu sikit. 


Mcm agak sush nk berblog, mcm aku tgk sesetengah org je rajin berblog. Bagi aku org yg rajin menulis dan berfikir adalah sgt awesome sbb dorg ni bg aku dlm keadaan cm ne pun dorg masih boleh meluahkan idea yg boleh buat org nak baca blog die. Sgt amazing. Dulu, aku suke baca blog arwah kawan aku, dia suke merepek. Tapi, apa yg die repek tu ada pengajrannyer.


Okelah, entry kali ni agak bosan. If ade citer menarek yg boleh aku kongsi, ak akn cube berblog..


TQ... ;)


Tukang Tulis,
AsykinSiteh