22 April 2013

MERAPU + KERAPU + KERABU

Mahu merapu tanpa titik noktah
Mahu meluahkan segala apa yang membelenggu
Mahu lepaskan segala yang bertindan
Mahu huraikan segala yang terbuku

Sesibuk mana ruang itu
Aku cuba meloloskan diri
Aku berhak mendapatkan
Malangnya aku lemah lemau

Gugur disitu
Terjatuh disini
Tersungkur didepan
Longlai menerpa

Sayu hati mengigit tangkai hati
Kepada Dia aku menerpa
Kepada Dia aku mengemis
Hina mendamba hidup

Assalamualaikum


XOXO,
SykinSiteh

No comments:

Post a Comment